Gloriosa superba

Pengenalan

Famili: Colchicaceae

Nama Melayu: Kembang Songsang

Nama Lain: Flame Lily, Glory Lily

    

Penerangan

Tumbuhan herba jenis  memanjat sehingga 5 meter ketinggian. Bunganya  terdapat dalam pelbagai warna yang terang seperti merah dan kuning di pangkalnya, kuning pucat, jalur ungu dan putih. Buah tumbuhan ini berbentuk bujur sirih berukuran  6 - 12 cm panjang dan 2 to 2.5 cm lebar serta mengandungi 20 butir biji benih berwarna merah.

                       

Kegunaan

Penggunaan dalam perubatan tradisional di Afrika dan Asia dilaporkan ialah bagi merawat lebam-lebam, terkehel, kolik, ulser, buasir, kanser, mati pucuk, kusta dan mengugurkan kandungan. Ia juga diguna sebagai  antidot bagi gigitan ular.

 

Keracunan

Bahagian Beracun: Keseluruhan pokok terutama akar.

Bahan Aktif: Colchicine dan gloriosine

                       

                           Colchicine (m.w 399.4426), C22H25NO6

Bahan Lain: 3-O-demethylcolchicine-3-O-alpha-d-glucopyranoside ,3-desmetil colchicine,beta-lumicolchicine, N-Formildesacetil-colchicine, 2-desmetil colchicine, asid chelidonik dan asid  salisilik.

Kesan Keracunan

Kesan keracunan akan kelihatan di antara 2-6 jam setelah termakan tumbuhan ini,  Kesan-kesannya adalah seperti kebas dan menyucuk di sekeliling mulut, kesan terbakar dalam tekak, rasa loya, muntah, sakit perut, cirit birit yang mengandungi darah dan akhirnya menyebabkan kehilangan air yang banyak dari badan.

Kesan seterusnya yang mungkin ditunjukkan ialah kesukaran bernafas, pucat, kejutan, tekanan darah yang rendah, pembekuan darah yang tidak normal, sawan dan koma. Seminggu setelah keracunan, tanda -tanda yang ditunjukkan ialah keguguran rambut dan keradangan pada kulit (dermatitis)

Rawatan kecemasan

Usahakan agar dapat dikeluarkan melalui muntah.

           


List of Poisonous Plant