Cananga odorata                                                                  

Pengenalan

Famili: Annonaceae

Nama Melayu: Kenanga, Ilang ilang

Nama Lain: Canangium odoratum, Ylang-ylang Oil.

           

Penerangan

Tumbuhan  ini boleh membesar dan  mencapai ketinggian 30-35m. Batangnya berwarna kelabu asap. Daun tumbuhan ini berwarna hijau dan tersusun berselang seli  serta berbentuk bujur  berukuran 7-23 cm panjang dan  4-10 cm lebar. Tumbuhan ini  juga mempunyai bunga berwarna kuning kehijauan yang wangi serta mempunyai 6 kelopak.

Kegunaan tempatan

Bunga digunakan untuk merawat asma dan gatal-gatal pada kulit sementara bijinya pula diguna untuk mengubati sakit perut. 

Tumbuhan ini biasanya diitanam sebagai pokok hiasan dan di gunakan dalam industri pembuatan kosmetik.

 

Keracunan

Bahagian Beracun: Bunga

Bahan Aktif: Minyak dalam bunga seperti metil benzonate, metil salisilat, geraniol, linalol, eugenol, ylangol, terpenes safrol, benzyl acetate ,  pinene dan campuran asid benzoik, formik, acetik dan  valerik.

Kesan Keracunan

Boleh menyebabkan keradangan.

                   


List of Poisonous Plant