|
Cirit
Birit
punca dan jenis
Oleh
Dr. Mohmed Izham Mohamed Ibrahim
Masalah
cirit birit (diarea) selalunya dikenal pasti melalui peningkatan
kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang
singkat. Kekerapan pembuangan najis berbeza di kalangan individu.
Terdapat individu yang membuang air besar sekali dalam tempoh dua hingga
tiga hari. Ada laporan yang mencatat berat normal najis sehari lebih
kurang 100 hingga 150 gram. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300 gram (atau
lebih daripada 200ml/hari), ini dianggap sebagai cirit birit.
Faktor
utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada
bahagian usus. Kandungan air meningkat kepada 60 hingga 90 peratus. Air
ini sepatutnya diserap semula oleh usus. Cirit-birit berlaku apabila
faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan
garam mineral daripada najis. Kadangkala najis tersebut berdarah,
bernanah dan berlendir.
Cirit-birit
sering dilihat dan dirawat sebagai masalah gastrousus (sistem
penghadzaman) yang tidak serius dan sementara. Lebih daripada 50 jenis
penyakit termasuk penyaki-penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung,
hati kelenjar tiroid dan AIDS akan menyebabkan masalah cirit-birit.
Selain itu, pelbagai jenis ubat boleh menyebabkan kesan sampingan
cirit-birit. Cirit-birit juga sering dikaitkan sebagai tanda penyakit
yang utama.
Usus
besar manusia mempunyai dua fungsi, penyerapan dan penyimpanan. Di
bahagian penyimpanan, usus menyimpan bahan-bahan buangan yang dikenali
sebagai najis. Najis ini terdiri daripada 75 peratus air dan 25 peratus
bahan-bahan lain seperti makanan yang tidak dapat diserap, sel-sel tubuh
yang telah mati, kuman bakteria, bahan garam mineral yang tidak diserap
dan dalam kuantiti yang kecil. Dalam saluran usus, kuman bakteria
menghasilkan vitmain dan bahan kimia yang dikenali sebagai
ammonia.
Kuman
yang sering berada dalam kawasan usus dikenali sebagai Bakteroides
dan Laktobasilus. Selain itu, terdapat juga jenis bakteria yang
dipanggil sebagai Escherichia coli, Streptococus Clostridium dan
juga kulat yang tinggal dalam usus besar manusia. Kuman-kuman ini akan
menjadi merbahaya apabila jumlah mereka mengganda tanpa kawalan. Di
antara faktor yang boleh merubah atau mempengaruhi jumlah kuman-kuman
ini ialah jenis pemakanan, tahap keasidan bahagian usus, penyakit
gastrousus dan ubat-ubatan seperti antibiotik.
Bagaimana
cirit-birit boleh berlaku?
Ciritt-birit
berlaku akibat pelbagai perkara, menyebabkan pihak perubatan sukar untuk
mengenal pasti punca masalah tersebut. Ia memerlukan sejarah pesakit,
pemeriksaan fizikal dan ujian makmal yang rapi. Punca masalah ciri-birit
boleh berlaku akibat masalah psikogenik (ketegangan emosi dan kerisauan),
neurogenik (gangguan sistem saraf), selepas pembedahan, gangguan sistem
kelenjar (edokdrin), rengsaan, osmotik, pemakanan, alahan, masalah
penyerapan makanan dan garam mineral, jangkitan serta radangan.
Jadual
1: Kandungan Garam Mineral dan Air Dalam Najis Normal Berbanding Dengan
Ciri-Birit
|
KOMPONEN |
CIRIT-BIRIT |
NORMAL |
|
Bikarbonat
(mEq per liter) |
30 |
30-45 |
|
Klorida (mEq
per liter) |
15 |
20-40 |
|
Kalium (mEq
per liter) |
90 |
35-60 |
|
Natrium (mEq
per liter) |
40 |
25-50 |
|
Air
(mEq per 24 jam) |
0.1-0.2 |
3-10 |
Jenis-jenis
masalah cirit-birit
Terdapat
dua jenis utama masalah cirit-birit akut dan kronik
Cirit-birit
akut
Cirit-birit
jenis ini ditunjukkan dengan kejadian cirit-birit secara tiba-tiba. Najis
yang dihasilkan lembut dan berair, perut yang 'berangin' atau bergas (flatulens),
kesakitan dan individu mengalami demam dan muntah-muntah.
Cirit-birit
akut mungkin disebabkan oleh jangkitan, keracunan (toksin), kesan
sampingan ubat atau jenis makanan. Sesetengah penyakit boleh menyebabkan
cirit-birit. Cirit-birit yang berpunca daripada jangkitan kebiasaannya
disebabkan oleh kuman virus.
-
Cirit-birit
disebabkan kuman bakteriaKebiasaannya, kuman bakteria yang sering
menyebabkan cirit-birit akut ialah E. coli, Shigella, Camphylobacter
dan Staphylococuc. Sebahagian kuman ini menghasilkan racun (toxin)
yang menyebabkan cirit-birit. Bahagian usus yang terbabit ialah usus
kecil. Antara tanda-tandanya ialah pembuangan najis berair yang banyak
secara tiba-tiba, rasa mual, muntah, kekejangan di bahagian perut (perut)
dan kadangkala mengalami demam. Jika usus besar terbabit, individu
akan mengalami demam, kekejangan di bahagian perut (perut), rasa
ketegangan dan kerap kali menghasilkan najis berdarah dan bernanah.
Individu yang termakan racun oleh kuman Staphylococos akan
menerima kesannya dalam tempoh satu hingga dua jam, dan 12 hingga 24
jam jika racun itu dihasilkan oleh bakteria Salmonella. Kesan-kesan
lain ialah demam, lesu, sakit otot, pedih pada bahagian ulu hati dan
masalah anoreksia yang teruk. Individu yang dijangkiti oleh kuman
virus, sering merasa sakit yang teruk pada bahagian atas pusat dan
muntah-muntah dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum masalah ini
mulai reda. Cirit-birit yang boleh disebabkan oleh kuman bakteria
campylobacter jejuni yang memakan masa satu minggu. Rawatan bantuan
sudah memadai tetapi jika tidak berkesan antibiotik eritromisin perlu
diberikan. Selain itu, bakteria Ysrsinia enterocolitica turut
menyebabkan cirit-birit. Masalah ini berlarutan selama satu hingga
tiga minggu dan akan reda sendiri. Pesakit hanya memerlukan rawatan
sokongan tanpa ubat antibiotik. Cirit-birit akibat jangkitan hanya
perlu dirawat dengan memberikan air yang secukupnya dan garam
mineral bagi menggantikan jumlah air yang telah hilang melalui
pembuangan najis berair yang kerap. Dalam kebanyakan kes, masalah akan
reda dengan sendiri dan fungsi saluran pemakanan (usus) akan pulih
tanpa atau dengan rawatan dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Antibiotik
hanya digunakan apabila cirit-birit terus berlaku dalam tempoh yang
lebih lama walaupun rawatan sokongan telah diberikan kepada pesakit.
Cirit-birit akibat kuman virus Bayi dan
kanak-kanak sering mengalami masalah cirit-birit. Puncanya sukar
dikenal pasti walaupun dalam kebanyakan kes disebabkan oleh kuman
virus. Kuman virus yang sering menjangkiti kanak-kanak ialah
rotavirus. Kanak-kanak akan mengalami kesan jangkitan dalam tempoh
12 hingga 48 jam. Mereka akan mengalami cirit-birit, muntah-muntah
dan demam. Namun cirit-birit tersebut akan reda dengan sendiri dalam
tempoh lima hingga lapan hari. Manakala individu hanya perlu
diberikan rawatan sokongan sahaja. Kajian membuktikan bahawa susu ibu
mampu mencegah bayi daripada mengalami cirit-birit. Cirit-birit
yang akut pada kanak-kanak terutamanya bayi boleh membahayakan
kesihatan mereka akibat ketidakseimbangan garam mineral dalam tubuh
dan kekurangan air yang teruk. Kekerapan cirit-birit sebanyak lapan
hingga 10 kali sehari bagi bayi berumur dua bulan boleh menyebabkan
kehilangan cecair dalam badan yang serius sehingga mengakibatkan
kegagalan fungsi buah pinggang dan fungsi jantung serta gangguan
peredaran darah. Bagi kanak-kanak, masalah cirit-birit adalah serius
dan perlu pemerhatian doktor.
Cirit-birit diakibatkan oleh protozoa Cirit-birit
yang akut boleh juga disebabkan oleh organisma protozoa yang
dikenali sebagai Giardia lamblia dan Entamoeba histolytica. Protozoa
Giardiasis sering menjangkiti kanak-kanak, pelancong yang melancong
ke kawasan atau negara bercuaca panas (tropika dan subtropika) serta
pesakit-pesakit yang berada dalam wad hospital. Selepas satu hingga
tiga hari jangkitan, individu akan mendapat cirit-birit dan
kekejangan di bahagian perut. Organisma protozoa Entamoeba
histolytica selalu berada dalam kawasan yang mempunyai sistem
pembuangan najis yang tidak bersih dan sempurna dan menjangkiti
pesakit-pesakit yang berada di dalam hospital, pelancong dan
pekerja-pekerja atau buruh asing (luar negara). Mereka akan
mengalami kekejangan pada bahagian perut yang teruk dan cirit-birit
selama tiga hingga 10 hari. Rawatan yang sesuai bagi kedua-dua jenis
jangkitan oleh protozoa ialah ubat antibiotik Metronidazole.
Cirit-birit yang diakibatkan oleh ubat Terdapat
ubat-ubat di dalam pasaran yang boleh mengakibatkan kesan sampingan
cirit-birit. Individu yang menggunakan ubat-ubat tertentu untuk
penyakit yang lain dan mendapat kesan sampingan cirit-birit.
Kebanyakan daripada ubat antibiotik boleh menghasilkan kesan
sampingan ini pada kebanyakan individu. Di antara ubat antibiotik
tersebut ialah ampisilin, klindamisin, eritromisin, linkomisin,
neomisin, triometoprim-sulfametoksazol, tetratsiklin dan
sefalosporin. Kesan sampingan tersebut berlaku kerana ubat yang
digunakan menyebabkan kuman bakteria dan kulat yang ada dalam tubuh
rintang atau dalam kata lain antibiotik tersebut tidak berkesan
terhadap kuman-kuman tersebut. Akibatnya, kuman-kuman tersebut
membiak dengan banyak dan ada di antara bakteria yang menghasilkan
racun atau toksin. Antara kuman bakteria yang sedia ada dalam usus
dan membiak apabila individu berkenaan memakan antibiotik ialah staphylococcus
aureus, Pseudomonas aeruginosa, Streptococcus faecalis, Canadida
albicans, kumpulan Salmonella dan Proteus. Kesan
sampingan ubat ini boleh reda dengan sendiri apabila ubat yang
dimakan diberhentikan. Namun, individu dinasihatkan supaya
menghubungi doktor atau ahli farmasi dengan segera apabila
menghadapi kesan sampingan ubat tersebut. Doktor atau ahli farmasi
juga patut menasihati pesakit berkaitan kesan samping cirit-birit
yang mungkin akan dialami oleh individu apabila memakan sesuatu ubat. Penggunaan
antibiotik yang berpanjangan boleh menyebabkan pertumbuhan kuman
bakteria Clostridium difficile. Ia akan menghasilkan racun
yang boleh membawa maut jika masalah ini tidak ditangani dengan
segera. Selain turut mengakibatkan radang pada bahagian usus kecil
dan besar yang dikenali sebagai Pseudomembraneus colitis (PMC).
Ini mudah berlaku pada warga tua. Individu akan mengalami
cirit-birit yang sangat serius dan berpanjagan. Antara rawatan yang
berkesan ialah dengan pemberian ubat antibiotik eritromisin,
tetrasiklin, kumpulan sefalosporin, cankomisin dan
metronidazol. Kumpulan ubat lain yang boleh mengakibatkan
kesan sampingan ialah seperti ubat untuk masalah sembelit, antasid,
ubat darah tinggi, ubat kanser, ubat malaria dan ubat gout.
|