Mengendalikan Kes Keracunan

Rosman Ahmad
Pusat Racun Negara

Keracunan pada dasarnya harus dianggap sebagai satu kes kecemasan. Tanggapan sedemikian perlu dibuat pada peringkat awal bagi mempastikan kes-kes ini tidak dipandang ringan dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan segera. Ini penting kerana keracunan boleh membawa kecelakaan dan berakhir dengan maut pada mangsanya. Walaupun tanggapan sedemikian dibuat, analisa kes-kes keracunan yang pernah dilaporkan menunjukkan bahawa kebanyakan kes tidak mengakibatkan kematian. Malahan, lebih kurang 3/4 dari kes-kes keracunan didapati tidak membahayakan dengan sedikit sahaja gejala yang ditunjukkan. Dalam hal begini, pesakit tidak harus pula dikenakan tindakan rawatan yang serius sehingga boleh mengakibatkan komplikasi.

Bagi mempastikan tindakan yang bertepatan dapat dilakukan terhadap kes keracunan yang dikendalikan, maklumat tentang bahan keracunan amat diperlukan. Tujuannya untuk membolehkan penilaian tentang risiko bahaya dibuat dengan segera. Pengetahuan tentang bahaya sesuatu bahan racun terbabit merupakan aspek yang penting dalam rawatan mana-mana kes keracunan. Pengetahuan dapat mengurangkan tekanan psikologi yang dialami oleh pesakit dan ahli keluarganya dapat menentukan sama ada rawatan tertentu perlu dilakukan atau tidak.

Keracunan yang membabitkan kanak-kanak pada keseluruhannya didapati tidak membahayakan. Bahan-bahan yang terbabit terdiri daripada bahan-bahan rumah yang didapati tidak toksik. Kes keracunan yang dilaporkan di negara ini yang membabitkan minyak angin yang mengandungi silisilat dan racun makhluk perosak seperti paraquat dianggap berbahaya. Keracunan yang membabitkan golongan tua biasanya dialami serius dan pesakit akan mengalami komplikasi serta maut. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit yang mereka alami seperti ubat penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Keracunan berlaku apabila dos ubat-ubatan diambil secara berlebihan.

Dalam kebanyakan kes pengenalpastian bahan sebenar yang terbabit dalam keracunan adalah rumit dan mengambil masa yang lama. Pengesahan hanya dapat dilakukan di hospital ataupun setelah pesakit mati. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan bahan yang dijual termasuk ubat-ubatan tidak mencatatkan kandungannya. Selain itu, sesetengah pesakit seperti penagih dadah akan cuba merahsiakan maklumat bahan yang diambil, supaya penglibatannya tidak diketahui umum, walaupun ini akan meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya. Rawatan yang diperlukan pada ketika itu hanyalah bercorak mengawal gejala sahaja.

Justeru itu, langkah awal tertumpu kepada pengenalpastian dan penilaian risiko. Ini mungkin dapat dilakukan dengan mudah jika kejadian berlaku di depan kita. Maklumat tentang bahaya sesuatu bahan racun dapat diperolehi daripada Pusat Racun Negara.

GEJALA KERACUNAN AKUT

Gejala yang diperhatikan dalam keracunan biasanya tidak khusus. Beberapa sistem organ manusia mungkin terjejas pada satu masa bergantung pada jenis bahan yang terbabit. Jadual 1 dan 3 menunjukkan jenis-jenis gejala yang sering dialami semasa keracunan mengikut jenis-jenis bahan yang terbabit. Keadaan yang boleh mengancam nyawa pesakit seperti keruntuhan aliran darah serta penjejasan fungsi jantung dan pernafasan harus diawasi dengan teliti. Maut biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersekat, penekanan fungsi pernafasan atau apabila pesakit tersedak dengan bahan makanan/racun yang memasuki ke dalam paru-paru. Komplikasi pernafasan merupakan punca utama kematian akibat daripada keracunan.

Jika disebutkan ini berlaku, keracunan harus disyaki terutama apabila pesakit adalah seorang yang tidak siuman. Pesakit diketahui mengalami tekanan yang berat, pesakit koma, atau pesakit muda yang mengalami degupan jantung tidak menentu tanpa diketahui punca sebenar. Kanak-kanak yang mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darahnya juga disyaki mengalami keracunan jika punca lain tidak dapat disahkan.

 
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
Rasa loya
Muntah-muntah
Rasa pedih/panas seperti terbakar di bahagian mulut,perut
Melepuh di bahagian bibir
Sakit kepala
Pening, bingung, meracau
Pergerakan terhoyong-hayang, tiada koordinasi
Sawan
Koma atau pengsan
Tidak berbafas, atau pernafasan yang perlahan
Sukar bernafas
Bernafas dalam-dalam dan pantas
Nadi tidak menentu dan perlahan
Nadi pantas
Pupil mata mengembang
Pupil mata mengecil
Warna kebiruan di bahagian mulut
Kulit merah padam
Demam
Kejutan
Jadual 1: Gejala Keracunan Akut yang sering diperhatikan

PENDEKATAN RAWATAN

Apabila berhadapan dengan kejadian keracunan, pendekatan yang boleh diambil termasuklah memberikan bantuan sokongan untuk menstabilkan keadaan pesakit. Kemudian mengeluarkan racun daripada perut dan usus atau bahagian lain seperti kulit dan mata. Memberi penawar jika ada, menyingkirkan bahan beracun yang telah diserap daripada tubuh pesakit serta rawatan sokongan dan pemerhatian. Dalam kebanyakan kes, langkah untuk menstabilkan pesakit dan bantuan sokongan merupakan pendekatan awal mesti dilakukan. (Rujuk Jadual 2). Ini termasuklah mempastikan sistem jantung dan pernafasan berfungsi dengan baik. Aliran udara dan peredaran darah mesti dipastikan berjalan dengan baik.

Tindakan segera perlu dilakukan dalam menangani sesuatu kes keracunan bergantung pada jenis pendedahan. Pada amnya, beberapa langkah boleh diambil untuk merawat pesakit.

 
01

02
03
04
05
06
07
08
09
10

Buatkan mangsa keracunan muntah melainkan jika beliau dalam keadaan tidak sedar diri atau mengalami sawan
Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah
Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air
Berikan air dan susu pada ketika ini juga
Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jka terkena racun
Gunakan julap
Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam 1/2 gelas air
Rawat kejutan
Terapkan dengan air sejuk
Pernafasan bantuan diberikan jika perlu
Jadual 2: Langkah rawatan awal bila berlaku keracunan

RACUN YANG DIHIDU

Mangsa keracunan akibat terhidu gas atau asap mempunyai tanda amaran seperti pening kepala, sakit kepala dan rasa lemah badan. Bergantung kepada jenis racun yang dihidu, mangsa boleh mengalami batuk, sesak nafas ataupun maut. Mangsa ini perlu dibawa keluar ke kawasan lapang dengan segera. Pintu dan tingkap harus dibuka dengan luas. Namun begitu, sebelum memasuki ke tempat yang mungkin dipenuhi asap atau gas, pastikan ia selamat. Ini memerlukan maklumat tentang gas yang terbabit. Selain nama gas yang tercatat pada tong gas, bau dan warna gas tersebut mungkin dapat membantu dalam mengenalpasti dan menilai risiko pendedahan.

Mangsa keracunan gas hendaklah dipindahkan ke tempat yang berudara bersih/segar. Bagi pesakit yang sedar, kepala dan dada mereka perlulah diangkatkan sedikit untuk memudahkan pernafasan. Jika mangsa tidak dapat bernafas dengan baik, pakaian yang ketat hendaklah dilonggarkan dan pernafasan bantuan diberikan sebelum mendapatkan bantuan lanjut. Mangsa keracunan gas hendaklah diuruskan dengan hati-hati supaya badannya tidak bergoncang.

RACUN YANG TERKENA PADA KULIT

Dalam keadaan di mana mangsa terkena racun pada bahagian kulit, tindakan segera perlu dilakukan untuk menanggalkan pakaian yang tercemar dan membasuh kulit dengan air sebanyak mungkin selama sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian, bahagian yang terkena racun perlu dicuci dengan sabun (jika kulit tidak melecur) dan dijirus dengan air sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

RACUN YANG TERKENA PADA MATA

Mata yang terkena bahan racun hendaklah dicuci dengan menuangkan air suam dari bekas (gelas) pada jarak 2 hingga 3 inci dari mata. Langkah ini hendaklah diulangi sekurang-kurangnya 15 minit. Pesakit hendaklah disuruh mengelipkan-ngelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh. Semasa matanya dibasahi dengan air, jangan pula dipaksa pesakit membuka kelopak mata. Selepas keadaan ini selesai, pesakit hendaklah dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan penilaian dan rawatan seterusnya.

RACUN YANG DITELAN

Jika bahan tersebut terdiri daripada kumpulan ubat-ubatan, elakkan memberi apa-apa melalui mulut, sehingga nasihat keracunan tersebut diperolehi terlebih dahulu. Jika bahan tersebut bahan kimia yang digunakan di rumah, berikan segera minuman susu atau air kecuali pesakit tidak sedarkan diri, tidak berupaya menelan atau mengalami sawan. Kemudian dapatkan bantuan nasihat dengan menelefon Pusat Racun Negara atau lain-lain para profesional perubatan dan farmasi bagi menentukan tindakan lanjut yang perlu diambil.

 
Ubat-ubatanGejala KeracunanRawatan Awal
Antidepresi(imipramine,triptylines)HIMNOT1,3,10
Ubat sakit sendi seperti aspirin atau minyak gosok panas yang mengandungi salisilat metilBLS
Ubat selsema(antihistamina)FGORS1,3,9
Ubat tidur/sawan yang mengandungi barbituratJI1,3,10
Ubat sakit jantung yang mengandungi digoksinABMS1,3
Zat besiBT11,7,1,6
Narkotik seperti morfin dan kodein dalam ubat batukIJP10
Ubat penenangGJIH1,3,6
Tumbuh-tumbuhan
CendawanB1,3,6
KecubongORSNFH1,9
Bahan-bahan yang disimpan di rumah
Bahan asid/alkali seperti pencuci longkang, pengkakisCDT4,5,2
Peluntur-natrium hipokloritBC4,2
Asid borikABR1
KamforABFHT1,10
Disinfektan-fenolCDFIT1,3,6
Minyak tanahABK2,3,6
Cecair pemetik apiABK2,3,6
Ubat gegatAB1,3,6
Pengilap perabotBK2,3,6
Pelarut-penipis catBK2,3,6
TurpentinCDKGH2,3,6
Penyembur-freonT10,2
Alkohol-metil, alkohol gosokEAI1,7,10
Alkohol-minuman arak, minyak wangiCHI1,10
Racun Makhluk Perosak
Racun serangga Hidrokarbon: klordane, lindaneBEFHKMT3,6,8
Fosfat: diazinon, parathionBCGMQ1,3,8,1,0
Fluorid-racun semut, lipas dan tikusBCJMH1,3,8
Arsenik-racun tikus, herbisidABET1,6
Striknin-racun tikusHI10
Karbon tetrakloridBJT1,3,8
Gas
Karbon monoksidEFIR10
Sianid-fumigantEBKNHI10
Jadual 3:Senarai bahan-bahan berserta dengan gejala keracunan akut dan langkah rawatan awal

PENGKELASAN JENIS PENDEDAHAN DAN IMPLIKASI RAWATAN

Individu yang terdedah kepada bahan racun boleh dikategorikan kepada 3 jenis. Kategori pertama membabitkan pendedahan sebenar tetapi tidak memerlukan apa-apa rawatan tertentu. Ini dapat disahkan jika maklumat tentang bahan yang terbabit adalah dalam kumpulan bahan yang tidak toksik. Pesakit juga akan diletakkan dalam kategori ini jika bahan yang terbabit adalah toksik tetapi diambil pada amaun yang sedikit. Pendedahan sedemikian biasanya tidak menghasilkan apa-apa kemudaratan dan pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala keracunan. Namun begitu, adalah baik sekiranya pesakit mendapat pengesahan doktor di hospital atau melaporkannya ke Pusat Racun Negara.

Kategori kedua membabitkan pendedahan yang dirasakan boleh dirawat di rumah. Sekiranya terdapat individu yang faham dan boleh mengikuti arahan doktor. Kes-kes keracunan yang diletakkan di bawah kategori ini dianggap minor dan tidak menggugat nyawa. Bagi membolehkan pesakit diletakkan dalam kategori ini, jenis bahan, jumlahnya serta gejala yang dialami perlu diketahui. Sekiranya bahan racun ditelan, ia mungkin dapat dikelarkan dengan cara membuatkan pesakit muntah. Di negara maju seperti Amerika Syarikat, pendedahan ini digunakan secara meluas dan ini dianggap sebagai satu cara pengendalian rawatan keracunan yang menjimatkan. Di Malaysia, cara ini tidak dinasihatkan memandangkan kaedah pemuntahan yang selamat mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah.

Kategori ketiga pula membabitkan pendedahan memerlukan rujukan dari hospital untuk membolehkan pemeriksaan doktor dilakukan. Kes-kes yang diletakkan dalam kategori ini termasuklah kes keracunan yang disengajakan, apabila gejala serius diramalkan berlaku, dan apabila bahan racun yang diambil dianggap amat toksik.

Dalam kes keracunan yang disengajakan, pesakit masih perlu dibawa ke hospital walaupun ia membabitkan bahan yang kurang toksik. Ia diperlukan bagi mempastikan kesungguhan pesakit untuk membunuh diri supaya rawatan bersifat psikoterapi dan kaunseling dapat diberikan.