Ahli ISDB

Bilangan 45, Januari 2003

Bulletin Umum Pusat Racun Negara, USM

ISSN 1394-5238 

 

The International Society of Drug Bulletins (ISDB) merupakan rangkaian global bagi buletin dan jurnal bebas seluruh dunia yang membincangkan tentang drug dan kesan terapeutiknya. Buletin-buletin ini dikeluarkan oleh kumpulan profesional dari pelbagai negara.

 

PenawaRacun telah diterima sebagai ahli ISDB pada bulan Disember 1997. PenawaRacun  merupakan Buletin Umum PRN bertujuan untuk membantu anda berwaspada terhadap bahan-bahan yang mungkin mengakibatkan keracunan di samping meningkatkan kesedaran kesihatan anda dan keluarga.

 

Penasihat

Dato' Dzulkifli Abdul Razak

 

Penyunting bersama

Rahmat Awang

Mohd Isa Abdul Majid

Mohamed Izham Mohamed Ibrahim

Razak Hj Lajis

 

Grafik dan DTP

Intan Suhaila Kassim

 

Penyunting www

Natrah Mustapha

 

Penyelaras 

Wan Zainal Azman Abdullah

 

Buletin ini boleh didapati melalui Internet, dalam PRNWeb http://www.prn.usm.my

 

 

Pengharaman racun 'parakuat'

 

Baru-baru ini kerajaan telah mengharamkan pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun rumpai parakuat. Malaysia merupakan negara Asian yang pertama mengharamkannya. Ini berikutan bertambahnya bilangan kes keracunan akibat racun parakuat sama ada bertujuan untuk membunuh diri, kemalangan yang tidak disengajakan atau pun terdedah semasa mengendalikan bancuhan dan semburan racun tersebut.

 

Di Malaysia, parakuat digunakan dengan meluas di ladang dan di kebun-kebun kecil memandangkan keberkesanannya mengawal rumpai. Kebanyakan kes keracunan yang berlaku adalah di kalangan pekerja-pekerja ladang yang mengendalikan penyemburan racun tersebut. Kebanyakan pekerja tersebut adalah perempuan.

 

Racun parakuat diklaskan sebagai racun amat merbahaya iaitu kelas 1B.

 

Statistik kes keracunan yang melibatkan parakuat merupakan yang tertinggi di Malaysia berbanding racun makhluk perosak lain. Dari laporan didapati sebanyak 310 kes keracunan parakuat berlaku sepanjang tahun 1977 hingga 1981. Dari jumlah ini seramai 246 mangsa mati.

 

Jumlah kes keracunan parakuat juga didapati semakin meningkat dengan bertambahnya permintaan dan penggunaan racun tersebut. Sepanjang tahun 1989 hingga 1991 sahaja, peningkatan kepada 482 kes keracunan telah dilaporkan.

 

Parakuat amat berkesan untuk mengawal pertumbuhan rumpai. Ia boleh menyebabkan rumpai layu dengan cepat. Ini adalah disebabkan oleh tindakannya merencat sistem fotosintesis rumpai. Namun begitu, selepas disemburkan kepada tanah atau rumpai, parakuat akan terikat dengan cepat dan kuat kepada butir-butir tanah untuk menghasilkan bentuk tidak aktif, terutamanya pada tanah liat. Ini bermakna racun parakuat tidak lagi merbahaya kepada tanaman ataupun mamalia setelah ia terdedah pada tanah.

 

Parakuat ialah sebatian bipiridil kuatenar yang disediakan dalam bentuk larutan. Sediaan racun rumpai parakuat di pasaran biasanya mengandungi kepekatan parakuat dalam julat 18 - 26 peratus berat/berat dalam bentuk garam diklorida.

 

Sebagai langkah mengurangkan kejadian keracunan sama ada disengajakan atau tidak, terdapat sediaan dagangan yang diformulasikan dengan agen muntah bersama dengan agen bau busuk.

 

Risiko

 

Risiko keracunan termasuk faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan dan kematian akibat keracunan:

  • Pendedahan pada kulit dan ingesi (makan/minum) kepada parakuat boleh mengakibatkan ketoksikan yang serius.

  • Maut dalam masa 24 jam mungkin tidak dapat dielakkan jika terdapat kerosakan tisu paru-paru, hati, jantung, ginjal dan kelenjar adrenal.

  • Kajian mendapati 25 hingga 75 peratus pesakit yang minum parakuat akan mati. Justeru itu, setiap kes keracunan parakuat dianggap sebagai kes serius dan rawatan perubatan harus disegerakan.

  • Tiada terdapat sebarang penawar (antidot) yang boleh digunakan dalam kes keracunan parakuat tetapi langkah bantuan awal yang dilakukan di tapak keracunan dapat membantu menyelamatkan mangsa keracunan.

  • Antara langkah yang disyorkan sebagai rawatan untuk mangsa keracunan parakuat termasuklah penggunaan arang teraktif , bentonit atau Fuller's Earth.

  • Dalam kebanyakan kes rawatan tidak dilakukan segera kerana mangsa lambat dibawa ke hospital.

  • Parakuat boleh diserap melalui luka pada kulit dan maut telah dilaporkan berlaku melalui penyerapan kulit. Jika terkena mata, iritasi teruk akan berlaku.

Ciri-ciri Utama Keracunan:

 

Pada umumnya, perincian maklumat berikut adalah mengikut sistem organ dalam badan. Manifestasi yang dialami dalam situasi keracunan mendadak parakuat secara ingesi ialah:

  1. Jika terminum (contohnya 7.5-15 ml) sediaan dagangan berkepekatan 20 peratus berat/isipadu larutan parakuat  akan mengakibatkan kesakitan, bengkak dan ulser pada bahagian mulut dan tekak.

  2. Rasa loya, muntah-muntah dan kesakitan di dalam saluran penghadaman atau perut sering kali berlaku.

  3. Kegagalan buah pinggang boleh berlaku dalam tempoh 3-5 hari.

  4. Paru-paru merupakan organ ketoksikan keracunan yang utama. Di paru-paru, ion parakuat akan diturunkan menjadi radikal bebas untuk menghasilkan radikal superoksida dari oksigen yang disedut masuk ke dalam paru-paru.

 

Tindak balas radikal superoksida dengan lipid pada sel akan mengakibatkan pengoksidaan lelemak dan seterusnya kematian sel paru-paru. Ini menyebabkan paru-paru berparut secara berterusan selama 15 hari. Pesakit akan mati disebabkan oleh pertukaran gas yang semakin menurun di paru-paru.

 

 

Senarai Racun Rumpai Berdaftar yang mengandungi Parakuat di Malaysia

(racun yang didaftar pada tahun 1998)

 

LRMP

Pendaftar

Nama Dagangan

Bahan Aktif (B.A)

B.A (%/W/W)

Perumusan

1829

Ancom

Ancom Paraquat Extra

Paraquat Dichloride

25.0

Larutan Berair

1464

Halex

BM Behn Meyer Paraquat

Paraquat Dichloride

25.0

Larutan Berair

2462

Kenso

Buah Emas Haramine

Paraquat Dichloride

 16.6

Larutan Berair

4122

CCM

Capayam

Paraquat Dichloride

13.0

Larutan Berair

1392

Kenso

Check-Thru

Paraquat Dichloride

24.6

Pekat

3789

ACM

Clean Up 13%

Paraquat Dichloride

13.0

Larutan Berair

4904

Crop Prot

CP Paraquat Extra

Paraquat Dichloride

25.0

Larutan Berair

2066

Crop Prot

CP Paraquat-Diuron

Paraquat Dichloride

24.7

Pekat

3783

Zuellig CH

Goldquat DCL 276 X’tra

Paraquat Dichloride

25.0

Larutan Berair

4021

Halex

Halex Paraquat 19

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

4745

Zuelig CH

Hasilkuat 190

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

2486

Kenso

Hentam

Paraquat Dichloride

Sodium Chlorate

16.5

11.0

Larutan Berair

4813

Serba

Hi-Kill

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

3784

Zuelig CH

Inkuat DCL 276

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

4144

Kenso

K.K. Quat

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

4903

Crop Prot

Kasaquat

Paraquat Dichloride

13.0

Larutan Berair

2422

Kenso

Ken-Para 990

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

2484

Kenso

Ken-Quat

Paraquat Dichloride

25.0

Larutan Berair

4634

Kenso

Nu-Quat

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

2621

Kenso

O-Quat 96

Paraquat Dichloride

16.5

Larutan Berair

4814

Serba

Par-Kill

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

4680

Zuelig CH

Para-Kuat

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

4746

Zuelig CH

Parakuat 2020

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

4806

Kenso

Paramine

Paraquat Dichloride

2,4-D Dimethylamine

16.6

28.0

Larutan Berair

2527

Kenso

Paramine Plus

Paraquat Dichloride

2,4-D Dimethylamine

23.1

23.1

Larutan Berair

4941

Serba

Paraquat 42% w/w

Paraquat Dichloride

42.0

Pekat Cecair

3032

Kenso

Paraquat Technical

Paraquat Dichloride

42.0

Cecair (Teknikal)

3873

CCM

Paraquat Technical 42% w/w

Paraquat Dichloride

42.0

Pekat Cecair

3874

CCM

Paraquat Technical 51.4% w/w

Paraquat Dichloride

51.4

Pekat Cecair

4947

Serba

PQT-Tech

Paraquat Dichloride

42.0

Pekat Cecair

3785

Zuellig CH

Sekuat

Paraquat Dichloride

13.0

Larutan Berair

4988

Kenso

Spaquat

Paraquat Dichloride

13.0

Larutan Berair

4955

Serba

T-Kill

Paraquat Dichloride

13.0

Larutan Berair

4704

Zuellig CH

T.S. Paraquat

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

2596

CCM

Terquat

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

3148

Kenso

Triquat

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

4018

Imaspro

Uniquat Technical

Paraquat Dichloride

42.0

Pekat Cecair

4954

Serba

V-Kill

Paraquat Dichloride

13.0

Larutan Berair

1249

Halex

Weedaway 253

Paraquat Dichloride

25.0

Larutan Berair

4907

Crop Prot

Wesquat

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

4612

Yinpolin

YPL Para 190

Paraquat Dichloride

19.0

Larutan Berair

4613

Yinpolin

YPL Para 77

Paraquat Dichloride

13.0

Larutan Berair

2285

Yinpolin

YPL Paraquat 25

Paraquat Dichloride

25.0

Larutan Berair

 

 

 Ketidaksuburan dan kecacatan bayi: Racun makhluk perosak

 

Racun makhluk perosak terutamanya racun serangga yang terdiri dari organofosfat dan organoklorin digunakan secara meluas di dalam aktiviti pertanian dan industri perkayuan. Ia juga diguna di rumah-rumah bagi tujuan menjaga kawasan rumah dari ancaman makhluk perosak.

 

Racun makhluk perosak berupaya menyebabkan penurunan bilangan  dan kualiti sperma (sel benih lelaki). Contohnya, klordan iaitu sejenis racun anai-anai yang disembur pada kayu. Ia telah digunakan dalam hampir 75% rumah di Amerika yang dibina sebelum tahun 1988.  Adalah dianggarkan seramai 30 juta penghuni rumah-rumah tersebut telah dicemar olehnya. Di samping ketidaksuburan di kalangan lelaki dan wanita, beberapa juta orang dewasa dan kanak-kanak telah dilaporkan mengalami tanda-tanda penyakit seperti barah, kerosakan pada hati,  neuroblastoma, leukemia, bronkitis, asma, sinusitis, gangguan neurologi, agresif dan kemurungan.

 

Dilaporkan bahawa di antara 20-25% keguguran adalah disebabkan oleh masalah sistem pertahanan badan melawan penyakit dan sistem endokrin. Racun makhluk perosak boleh menganggu sistem pertahanan badan dengan merangsang pengeluaran antibodi yang seterusnya menyerang sperma pada lelaki atau telur pada wanita.

 

Walaupun kebanyakan jenis racun yang memberi kesan ke atas sistem endokrin telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia dan negara-negara jiran, namun ia masih lagi dikesan di beberapa perairan Malaysia dan haiwan di dalamnya. Ia mungkin disebabkan oleh tempoh hayatnya yang panjang atau aktiviti penggunaaan secara haram.

 

Berhati-hatilah semasa mengguna, menyimpan atau melupuskan sisa racun makhluk perosak. Amalkan cara penggunaan dan langkah-langkah keselamatan seperti yang tertera pada label. Oleh itu, label pada bekas racun, janganlah dibuang dari bekasnya kerana ia berguna untuk dijadikan panduan. Elakkan penggunaan racun terlarang, walaupun ia mungkin cepat berkesan ke atas aktiviti pertanian  namun ia juga memberikan kesan buruk kepada kesihatan terutama pada sistem pembiakan anda.N