| Bilangan 5, Oktober 1995 | Buletin Umum PUSAT RACUN NEGARA, USM |
| PenawaRacun ialah Buletin Umum Pusat Racun Negara(PRN) bertujuan untuk membantu anda berwaspada terhadap bahan-bahan yang mungkin mengakibatkan keracunan di samping meningkatkan kesihatan diri dan k eluarga. |
Sidang Redaksi Penasihat Y.Bhg.Tan Sri Dato' Musa Mohamed, Naib Canselor, USM Penyunting Profesor Madya Dzulkifli Abdul Razak Penyunting Bersama Dr Rahmat Awang Dr Mohamed Isa Abdul M ajid En. Rosman Ahmad Penyumbang Dr. Mohd Izham Mohd Ibrahim |
|
Warga Tua dan Keracunan Ubat
Tanggal 1 Oktober merupakan Hari Warga Tua Sedunia. Ini adalah satu penghormatan tertinggi dunia terhadap penduduknya yang paling berjasa. Rakyat sesebuah negara yang berusia 65 tahun ke atas boleh dianggap sebagai
Warga Tua. Kumpulan ini biasanya terdiri daripada golongan minoriti yang sering diabaikan. Namun demikian, mereka membentuk sebahagian daripada rentetan kehidupan yang bermula dengan kelahiran, dan disusuli pembesaran, penuaan dan
akhirnya, kematian. Sebenarnya, setiap warga tua mestilah dianggap sebagai unik kerana telah melalui pelbagai rintangan serta asam garam kehidupan. Pengalaman mereka semestinya tidak terbatas. Justeru itu, mereka berhak dihormati dan dijaga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.
Warga Tua lebih terdedah kepada pelbagai penyakit. Keupayaan sel-sel serta tisu tubuh mereka untuk sembuh juga lebih rendah. Memandangkan banyak ubat-ubatan yang boleh diperolehi dari kedai-kedai tanpa preskripsi doktor, maka ramai warga tua yang cenderung membeli serta menggunakan ubat-ubatan tanpa meminta nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu. Amalan begini boleh membahayakan. Ini kerana sistem tubuh warga tua mungkin sudah mengalami perubahan. Contohnya, penggunaan salisilat secara berpanjangan didapati boleh menyebabkan keracunan seperti gangguan perut, kesukaran pembekuan darah dan meracau (delirium). Sesetengah sediaan vitamin dengan dos terlampau tinggi boleh meningkatkan kemungkinan warga tua mengalami penyakit hati.
Warga tua mungkin tertarik dengan gimik iklan tentang "ubat-ubatan ajaib" yang mempunyai kesan luar biasa. Oleh kerana warga tua merupakan golongan yang paling banyak membelanjakan wang untuk membeli ubat-ubatan untuk pelbagai jenis penyakit yang dihidapi, maka mungkin ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan cuba mengambil kesempatan. Dengan demikian, anak-anak atau penjaga warga tua mestilah sentiasa berhati-hati serta mengambil tahu tentang ubat-ubatan yang diambil oleh warga tua. Pastikan bahawa ubat-ubatan yang diambil adalah betul dan tepat pada masanya. Warga tua sering didapati mengalami kesukaran jika ubat-ubatan perlu diambil di waktu malam. Ini mungkin disebabkan penglihatan yang kurang baik atau keadaan kekeliruan yang sering berlaku
pada waktu malam.
Kebanyakan ubat-ubatan tidak memudaratkan warga tua jika diambil dengan betul. Dos ubat-ubatan yang diambil dari pengamal perubatan atau ahli farmasi, akan ditentukan dengan baik mengikut keadaan pesakit tersebut. Pesakit cuma perlu mematuhi arahan dengan
sempurna. Tetapi kekeliruan dan kesukaran mungkin timbul jika pesakit membeli ubat-ubatan sendiri tanpa diberi nasihat dengan sebaik-baiknya. Pesakit seperti ini sering terdedah kepada kesan buruk ubat-ubatan, termasuk keracunan disebabkan oleh pengambilan dos yang berlebihan. Ingatlah, bagi ubat-ubatan dos kecil memberi manfaat, tetapi lampau dos membawa padah! Justeru itu, sempena mengambil Hari Warga Tua Sedunia 1995, marilah kita sama-sama mempraktikkan konsep masyarakat penyayang dengan mempastikan kes-kes keracunan ubat-ubatan di kalangan warga tua yang telah banyak berjasa kepada negara dielakkan daripada berlaku sama
sekali.
Pengenalan kepada Ular Berbisa di Malaysia
Di Malaysia, terdapat 141 jenis ular. 105 daripada jumlah ini adalah terdiri daripada ular darat, 22 ular laut dan 14 lagi adalah ular air tawar. Daripada jumlah ini sekurang-kurangnya 38 jenis adalah berbisa -- 16 jenis ular di darat iaitu 9 daripada ke
luarga Elapidae dan 7 daripada keluarga Viperidae, manakala kesemua 22 jenis ular dari keluarga Hydrophiidae adalah berbisa. Namun begitu, harus diingat bahawa bukan semua ular yang dijumpai di kawasan perairan Malaysia adalah ular laut.
Ular yang berbisa mempunyai gigi panjang (taring) yang terletak di bahagian hadapan rahang sebelah atas yang bersambung kepada kelenjar yang menyimpan bisa yang terletak di kiri dan kanan pipi melalui duktus. Taring ini berfungsi seperti jarum hipodermik
untuk menyuntikkan bisa ke tubuh mangsa. Bentuk taring ular adalah bergantung kepada jenis ular. Taring bagi keluarga Elapidae adalah berkedudukan tetap (Gambarajah 1) dan mempunyai alur yang akan membenarkan bisa mengalir masuk ke tubuh mangsa. Bagi kelu
arga Viperidae, taringnya boleh digerak-gerakkan dan berongga (Gambarajah 2).
Terdapat tiga jenis bahan bisa ular yang utama: racun yang menyerang otot (myotoksin), racun yang menyerang saraf (neurotoksin) dan racun yang menyerang darah dan sel tubuh (haemotoksin). Pada umumnya bisa setiap ular mengandungi ketiga-tiga bahan
racun ini tetapi hanya salah satu sahaja yang dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa seperti racun myotoksin adalah dominan pada ular laut, racun haemotoksin pula pada ular kapak dan neurotoksin pada ular tedung, ular katam tebu dan ular pantai . Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf. Fungsi utama bisa kepada ular ialah:
Umumnya, aduan yang biasa diterima daripada mangsa gigitan ular berbisa ialah; sakit pada tempat gigitan, bengkak, nekrosis dan melepuh. Ini berlainan dengan tanda-tanda gigitan ular tidak berbisa yang mana diantara tanda-tandanya adalah seperti bengkak,
gatal dan kemerahan yang dipercayai berpunca daripada alahan mangsa kepada air liur ular tersebut.
Laporan kes gigitan ular berbisa seluruh negara menunjukkan:
Keluarga Elapidae
Adalah sukar untuk mengenali ular jenis ini hanya berdasarkan kepada sifat luarannya sahaja, begitu juga untuk membezakannya daripada keluarga colubridae yang tidak berbisa. Satu-satunya tanda yang dapat membezakan keluarga elapidae daripada
keluarga colubridae ialah dengan adanya taring panjang pada bahagian rahang atas mulutnya. Di antara ular-ular yang tergolong di bawah keluarga ini
ialah:
Hampir semua jenis ular ini adalah berbisa dan amat merbahaya kepada manusia. Bisa ular-ular dari keluarga ini adalah jenis bahan racun saraf (neurotoksin) yang bertindak kepada sistem saraf mangsanya. Keparahan kesan gigitan adalah bergantung kepa
da jenis ular dan kuantiti bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa. Tanda-tanda awal kesan gigitan ular ini ialah rasa mengantuk terjadi seawal 15 minit dan berlanjutan hingga beberapa jam selepas digigit. Sejam selepas digigit mangsa akan menjadi tidak ber
maya, lemah dan sukar untuk berdiri. Mangsa mungkin juga akan mengalami rasa mual, muntah, air liur keluar tanpa dapat dikawal, kekejangan pada lidah dan saluran pernafasan. Sekiranya jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa adalah banyak, mangsa mungkin akan mengalami kesukaran untuk berkata-kata, batuk, menelan makanan ataupun menggerakkan rahang bawah. Mangsa juga akan merasa sakit yang amat sangat pada bahagian perut -- gigitan ular katam tebu. Selain dari itu mangsa akan mengalami lumpuh otot sec
ara beransur-ansur (termasuklah otot-otot sistem pernafasan yang mana ianya boleh membawa maut) dan sawan. Komplikasi kardiovaskular hanya berlaku pada keracunan bisa ular tedung dan tanda-tandanya ialah; badan berpeluh, rasa seram sejuk dan mengalami tekanan darah rendah.
Ular tedung dan ular katam tebu mempunyai tabiat yang tidak boleh dijangkakan dan dianggap amat merbahaya. Walaupun ular pantai juga tergolong didalam kumpulan ular yang berbisa, kes gigitan ular ini jarang dilaporkan.
Keluarga Viperidae
Ular-ular dari keluarga ini adalah yang paling mudah dikenali berdasarkan kepada bentuk kepalanya yang seakan-akan berbentuk segitiga dan lebih besar daripada lehernya. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat satu lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif yang digunakan untuk mengesan mangsa yang terdiri daripada haiwan berdarah panas. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang berupaya
menyebabkan pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh. Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.
Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak sertamerta dan ianya akan berterusan selama beberap
a hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun kes kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.
Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada b
ila-bila masa sahaja.
Dari keluarga Viperidae, 7 jenis telah dikenalpasti berbisa dan merbahaya. Terdapat banyak kes keracunan bisa ular jenis ini yang telah direkodkan. Di antara ular-ular yang tergolong di bawah keluarga ini ialah:
Ular Kapak Bodoh, Ular Kapak Sumatra, Ular Kapak Gunung, Ular Kapak Tokong, Ular Kapak Hidung Pipeh, Ular Kapak Bakau, Ular kapak Hijau
Keluarga Hydrophiidae
Kesemua ular yang tergolong di bawah keluarga ini adalah ular laut dan mempunyai ekor yang pipeh seperti dayung bagi membantunya berenang (lihat Gambarajah 3). Kebanyakan ular jenis ini menghabiskan masanya di dalam laut dan hanya akan timbul sekali-sekal
a ke permukaan air untuk bernafas. Ular laut biasa dijumpai di kawasan laut yang cetek di sepanjang pantai, muara sungai dan di sekeliling pulau. Ular laut adalah tidak agresif dan kebanyakan kes gigitan ular ini adalah berpunca daripada penyelam yang mem
egangnya dengan kasar atau mengganggunya.
Semua ular laut di Malaysia adalah berbisa dan biasanya tiada tanda bengkak pada kawasan gigitan. Bisa ular laut adalah dari jenis racun otot (myotoksin) yang biasanya menyerang otot mangsa. Diantara tanda-tanda keracunan bisa ular ini ialah myalgia apabila bergerak, paresis, myoglobinuria dan hiperkalemia. Mangsa gigitan ular laut biasanya hanya dapat merasakan kesannya selepas sejam digigit bermula dengan sakit pada otot. Mangsa juga akan mengalami kesukaran untuk menggerakkan tangan dan kaki. Di antara
jam pertama dan kedua, otot pada bahagian yang digigit akan menjadi lembut dan rasa sakit apabila menggerakkan anggota tubuh yang utama seperti tangan, kaki, leher dan lain-lain. Myoglobinuria, situasi dimana mangsa akan menghasilkan air kencing yang be
rwarna perang gelap berlaku selepas beberapa jam mangsa digigit. Dalam sesetengah kes gigitan ular laut, mangsa tidak merasakan apa-apa perubahan pada tubuh (tiada rasa sakit apabila menggerakkan anggota badan); ini mungkin disebabkan hanya sedikit atau t
iada langsung bisa disuntikkan ke tubuh mangsa.
Spesis ular laut yang terdapat di Malaysia ialah:
Langkah-langkah Memastikan Pengambilan Ubat yang Selamat
Selain daripada kebaikan, ubat-ubat yang dihasilkan di kilang-kilang farmaseutikal juga boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Walaupun para saintis telah cuba memaksimakan kesan baik dan meminimakan kesan buruk ubat dengan mengubah struktur
kimia ubat, namun mereka masih belum berjaya menghasilkan suatu ubat yang benar-benar bebas dari kesan sampingan. Adalah dianggarkan bahawa sebanyak 10% insiden kesan sampingan ubat akan berlaku daripada pengambilan sesuatu ubat. Oleh itu peraturan seperti "Ubat yang betul untuk pesakit yang betul dalam dos yang betul melalui saluran yang betul pada masa yang betul" telah diambilkira oleh doktor semasa membuat keputusan untuk mempreskripsikan ubat kepada seseorang pesakit.
Garispanduan penggunaan ubat yang selamat dan berkesan
Garispanduan ini menerangkan perkara-perkara yang harus dititikberatkan semasa mengambil ubat, samada ubat-ubat preskripsi ataupun tanpa preskripsi. Apabila mengambil ubat, pengamal-pengamal perubatan bersetuju bahawa adalah penting untuk memberi perhati
an kepada keperluan kesihatan seseorang pesakit. Oleh itu, maklumat yang berkaitan dengan ubat-ubatan boleh didapati daripada doktor, ahli farmasi atau pada label ubat. Di bawah ini adalah perkara-perkara yang harus dilakukan semasa mengambil ubat.
ANDA HARUS
|