HOME     ABOUT US SERVICES STAFF MEMBERS RESEARCH ACTIVITIES PHOTO GALLERY
 
 
 
  .: Links
  WHO Collaborating Centre
  Products
  Toxicology Laboratory
  Publication/Production
  Collaborators
  News & Health Information
  Berita Kesihatan
  PRN Bulletins & Articles
  Malaysian Drug & Poison Net
  United For Tobacco Free
  Hiroshima On My Mind
  Articles by Founding Director
  Posters & Brochures
 
 
 
Contact Us
National Poison Centre
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
 
Tel: +604-657 0099
Fax: +604-656 8417
 
Email: prnnet@usm.my
 
 

Racun
   
 
Mengenal dan merawat batuk
  Oleh: Noor Hasani Hashim
Sumber: Utusan Malaysia, Sabtu, 15 Mac, 1997
   
 

MINGGU ini kita membincangkan pula tentang bagaimana mengenai 'batuk' dan rawatannya. Untuk makluman kepada pembaca semua batuk bukanlah satu penyakit tetapi merupakan suatu tanda penyakit.

Terdapat tiga jenis batuk yang sering dihadapi oleh kebanyakan kita.
  1. Batuk berkahak disertai dengan gangguan pernafasan.
  2. Batuk tanpa kahak disertai dengan gangguan pernafasan.
  3. Batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.
Batuk jenis (1) dan (2) berkemungkinan juga tanda-tanda penyakit lelah yang tidak berterusan di mana tanda-tanda ini wujud semasa jangkitan virus pada saluran pernafasan. Batuk yang berlebihan terutama jenis batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan, tidak hanya menyebabkan seseorang tidak selesa malah kekal kesakitan apabila batuk.

Merujuk kepada ketiga-tiga jenis batuk di atas ahli farmasi atau doktor akan dapat menentukan jenis ubat yang harus dan selamat digunakan.

Pada amnya, pengubatan sendiri oleh sesetengah individu dibuat tanpa mengetahui jenis batuk serta jenis ubat yang sepatutnya diambil.

Untuk makluman pengguna, tiada satu jenis ubat batuk yang dirumuskan boleh mengubat semua jenis batuk.

Oleh itu pengguna harus tahu jenis batuk yang dihadapi sebelum mengambil ubat.

Sekiranya seseorang mengalami batuk, adalah disarankan mendapat pemeriksaan doktor supaya dapat ditentukan jenis batuk dan jenis ubat yang harus diambil.

Senarai di bawah menunjukkan jenis batuk serta ubat yang perlu digunakan untuk rawatan:-

  1. Drug-drug di dalam ubat gangguan pernafasan ialah efedrin, fenilefrin, nafazolin, oksilometazolin, fenilpropanolamin, pseudoefedrin dan zilometazolin.
  2. Kumpulan drug ini akan bertindak balas dengan otot saluran tenggorok dan akan mengembangkan saluran tersebut.
  3. Drug-drug dalam ubat, mengeluarkan kahak ialah ammonium klorida, guaifenesin, kalium guaiakolasulfonat, terpin hidrat dan "beechwood creosote."
  4. Kumpulan drug ini akan bertindak balas dan mencairkan kahak serta merangsangkan batuk bagi mengeluarkan kahak.
  5. Drug-drug di dalam ubat meredakan batuk ialah dekstromethorfan, difenhidramin hidroklorid dan noskapin hidroklorid.
Kekerasan batuk

Kumpulan drug ini berfungsi bagi mengurangkan kekerasan batuk, terutamanya bagi batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.

Biasanya akan bertindak di pusat batuk di otak dengan mengurangkan frekuensi batuk.

Jadual jenis drug yang terdapat dalam sediaan ubat batuk.

Meredakan Batuk:
Nama Drug Dos Dewasa Dos Kanak-kanak
Dekstrometofan 10-20mg setiap 4-6 jam 6-12 tahun: 5-10mg setiap 4-6 jam
2-6 tahun: 2.5-5 mg setiap 4-6 jam
Difenhidramin 10-20mg setiap 4-6 jam 6-12 tahun: 5-10 mg setiap 4-6 jam atau 15mg setiap 6-8 jam
2-6 tahun: 2.5-5mg setiap 4-6 jam atau 7.5mg setiap 6-8 jam
Defenhidramin Hidroklorida 25mg setiap 4 jam 6-12 tahun: 12.5mg setiap 4 jam
2-6 tahun: 3.75-7.5mg setiap 4 jam
Mengeluarkan Kahak
Ammonium Klorida 300mg setiap 2-4 jam 6-12 tahun: 150mg setiap 2-4 jam
2-6 tahun: 75mg setiap 2-4 jam
Guaifenesin 200-400mg setiap 4 jam 6-12 tahun: 100-200mg setiap 4 jam
2-6 tahun: 50-100 mg setiap 4 jam.


Setiap drug utama di atas dirumus dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti pemanis, pewarna, pengawit, perasa dan penstabil.

Walau bagaimanapun, terdapat juga lebih dari satu drug dirumuskan dalam satu sediaan jenis ubat bagi menyesuaikan dengan jenis penyakit.

Kandungan dos yang disarankan juga adalah selamat dan berkesan bagi sediaan di atas kaunter seperti ubat dan berkesan bagi sediaan di atas kaunter seperti ubat demam, batuk, alahan, antiasma dan bronkodilator.

Sebelum seseorang mengambil atau meminum ubat yang mengandungi drug-drug di atas, haruslah mendapat nasihat dan seliaan doktor, terutamanya bagi kanak- kanak yang berumur di bawah 2 tahun.

Pesakit juga mesti mengamalkan pengambilan ubat secara betul untuk jenis penyakit yang betul dalam dos yang betul melalui saluran yang betul pada masa yang betul.

Ubat dirumus sebagai penawar untuk menyembuh penyakit tetapi ubat juga boleh menjadi racun sekiranya pengambilannya tidak betul.


Sesiapa yang ingin mendapatkan naskhah percuma buletin umum dari Pusat Racun Negara sila hantar sampul surat (6" x 9") bersetem 40 sen dan beralamat sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM, 11800 Minden, Pulau Pinang.

     
  Back
   
 
 
 
 

 
 
Copyright © National Poison Centre, USM 2008. All Rights Reserved