HOME     ABOUT US SERVICES STAFF MEMBERS RESEARCH ACTIVITIES PHOTO GALLERY
 
 
 
  .: Links
  WHO Collaborating Centre
  Products
  Toxicology Laboratory
  Publication/Production
  Collaborators
  News & Health Information
  Berita Kesihatan
  PRN Bulletins & Articles
  Malaysian Drug & Poison Net
  United For Tobacco Free
  Hiroshima On My Mind
  Articles by Founding Director
  Posters & Brochures
 
 
 
Contact Us
National Poison Centre
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
 
Tel: +604-657 0099
Fax: +604-656 8417
 
Email: prnnet@usm.my
 
 

Racun
   
 
Formaldehid boleh menyebabkan kanser
  Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Abdul Majid
Sumber: Utusan Malaysia, Sabtu, 15 Februari, 1997
   
 

SEPERTI yang tertera dalam keratan akhbar baru-baru ini, Menteri Kesihatan telah mengarahkan supaya pemeriksaan dilakukan ke atas kegunaan serta pencemaran formaldehid pada ikan segar bagi tujuan mengekalkan kesegaran serta pengawetan.

Amalan yang dilakukan ini didapati membahayakan kesihatan kerana bahan kimia ini telah dilaporkan boleh menyebabkan kanser dan sepatutnya dilakukan oleh penjual atau pemborong ikan.

Rencana ini bertujuan memberi penerangan tentang bahaya akibat memakan makanan yang mengandungi folmaldehid.

Dalam keadaan ceria, formaldehid merupakan satu tugas pada suhu bilik dan mempunyai bau yang menusuk serta tajam pada kepekatan minimum 0.5 ppmdi dalam udara.

Formaldehid dalam bentuk gas juga amat berbahaya kerana gas tersebut mudah terbakar. Gas ini boleh dihasilkan di rumah daripada perabot dan dihiasi dengan alas atau palapik tilam poliuretan.

Ia mudah terlarut ke dalam air dan metanol untuk menghasilkan larutan. Dalam industri dan makmal, larutan folmadehid digunakan sebagai pembasmi kiman dan pengawet untuk menghalang pereputan tisu.

Gas folmaldehid telah dikenal pasti sebagai salah satu bahan yang terdapat dalam asap rokok dan tembakau.

Dalam hal ini, formaldehid yang diambil daripada sebarang rokok telah dikenal pasti boleh menyebabkan kerengsaan dan kesukaran bernafas.

Apabila pengambilan formaldehid meningkat akibat merokok secara berterusan, kesan kerengsaan merebak ke bahagain hidung dan tekak menyebabkan batuk.

Jika formaldehid diambil secara berlebihan, gejala kerengsaan secara mendadak terjadi sehingga menyebabkan pengumpulan cecair dalam paru-paru untuk menghasilkan pneumonia dan bengkak paru-paru.

Pada kepekatan gas formaldehid yang tainggi, kesan kerengsaan akan menyebabkan pengecilan saluran pernafasan di samping meningkatkannya rasa pedih pada mata dan kulit.

Pendedahan seperti ini biasanya boleh menyebabkan ,mata rosak dan kulit berparut.

Sesak nafas

Dalam keadaan dedahan kepada larutan pekat formaldehid secara mendadak (kesan akut), ia menyebabkan sistem pernafasan terganggu seperti batuk, sesak nafas, sakit dada dan sukar bernafas.

Cecair formaldehid apabila terkena kulit boleh merengsa kulit untuk menghasilkan kesan lecuran. Sentuhan larutan formaldehid kepada mata juga meninggalkan kesan melecur manakala sekiranya larutan tersebut terhidu, kawasan saluran pemakanan seperti hidung, mulut dan tekak ia juga akan menunjukkan kesan terengsa.

Pada kawasan paru-paru, cairan berlebihan akan dihasilkan sehingga menyukarkan pernafasan.

Apabila larutan formaldehid dimakan secara sedikit demi sedikit untuk jangka masa panjang seperti dalam kes memakan ikan yang dicemari, formaldehid boleh menyebabkan kanser pada kawasan hidung apabila haiwan ujian didedahkan kepada wap formaldehid pada kepekatan 14ppm secara berpanjangan.

Kajian yang sama ke atas pesakit kanser mulut dan hidung pula menunjukkan kumpulan yang terdedah kepada formaldehid pada tahap rendah secara berterusan ditempat kerja cenderung untuk mengalami kanser mulut dan hidung berbanding kumpulan lain.

Formaldehid apabila bergabung dengan gas asid hidroklorik akan membentuk bis (klorometi) eter, suatu ejen penyebab kanser paru-paru yang sukar diubati.

Atas masalah kesihatan yang disebabkan oleh formaldehid, maka penggunaannya ke atas ikan segar adalah diharamkan dan pengguna haruslah berhati-hati dalam membelikan ikan-ikan yang dicemari dengan formaldehid.

Sesiapa yang ingin mendapatkan naskhah percuma buletin umum dari Pusat Racun Negara sila hantar sampul surat (6" x 9") bersetem 40 sen dan beralamat sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM, 11800 Minden, Pulau Pinang.

     
  Back
   
 
 
 
 

 
 
Copyright © National Poison Centre, USM 2008. All Rights Reserved