HOME
ABOUT US
SERVICES
STAFF MEMBERS
RESEARCH
ACTIVITIES
PHOTO GALLERY
.: Links
WHO Collaborating Centre
Products
Toxicology Laboratory
Publication/Production
Collaborators
News & Health Information
Berita Kesihatan
PRN Bulletins & Articles
Malaysian Drug & Poison Net
United For Tobacco Free
Hiroshima On My Mind
Articles by Founding Director
Posters & Brochures
Contact Us
National Poison Centre
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
Tel: +604-657 0099
Fax: +604-656 8417
Email: prnnet@usm.my
Copyright & Disclaimer
|
Site Map
Racun
Minyak sawit boleh hasilkan plastik
Oleh:
-
Sumber:
Utusan Malaysia, 26 Mei 1999
PULAU PINANG 25 Mei - Sekumpulan saintis Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kaedah penghasilan plastik daripada minyak sawit yang lebih menepati konsep mesra alam bagi menjamin persekitaran bersih di negara ini.
Penemuan tersebut terhasil daripada penyelidikan hampir 10 tahun diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohamed Isa Abdul Majid (Pusat Racun Negara USM), Profesor Madya Dr. Mohd. Nazalan Mohd. Najimudin dan Profesor Madya Dr. Mohd. Azizan Mohd. Noor (Pusat Pengajian Sains Kajihayat).
Dr. Mohamed Isa berkata, bahan daripada minyak sawit sebenarnya jauh lebih murah berbanding sumber lain yang kini digunakan secara meluas dalam penghasilan plastik.
''Minyak sawit lebih murah tetapi prosesnya memakan masa dan memerlukan perbelanjaan tinggi,'' kata beliau pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.
Beliau memberitahu, projek yang akan berakhir penghujung bulan ini bermula pada 1990 dengan menelan kos RM950,000 daripada program penyelidikan Intensification of Research in Priority Areas (IRPA), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Beliau berkata, proses tersebut dijalankan menerusi langkah menghasilkan bioplastik daripada bakteria yang diambil daripada sumber tanah di USM.
''Selain minyak sawit, kita dapati bakteria daripada sumber tanah tempatan boleh menghasilkan bioplastik yang praktikal bagi kegunaan plastik mudah lupus,'' tambah beliau.
Setakat ini, kata beliau, bakteria dikenali sebagai 'erminia' digunakan bagi menghasilkan bioplastik dalam projek berkenaan.
Beliau menjelaskan, plastik tersebut mempunyai ketahanan selama setahun tetapi akan menjadi baja kerana mudah kitar semula dengan keadaan tanah seperti di kawasan pelupusan sampah.
Back
Copyright © National Poison Centre, USM 2008. All Rights Reserved